Teruskan beri sokongan kepada Harakah

- Advertisement -

SHAH ALAM: Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Balasubramaniam Nachiappan meminta ahli PAS terus memberi sokongan kepada Harakah yang konsisten membuat liputan aktiviti dan perjuangan parti.

- Advertisement -

Menurutnya, Harakah membuat liputan perjalanan konvensyen DHPP selari dengan agenda perpaduan nasional yang mencerminkan pendirian PAS tidak memusuhi orang bukan Islam seperti yang didakwa musuh politik. 

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Harakah yang membuat liputan dan menyiarkan beberapa berita, terutama dalam Harakahdaily berkaitan ucapan saya dan perjalanan Konvensyen DHPP pada minggu lalu.

“Kita perlu terus berikan sokongan kepada media kita, Harakah. Langganlah Premium Harakahdaily. Hanya RM10 sebulan. Belilah Harakah Cetak. Jika tidak kita, siapa lagi,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-69 di IDCC di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya PAS menjuarai isu rakyat dengan berkesan melalui sayap Pemuda, Muslimat dan DHPP untuk menguasai sokongan anak muda dalam melakukan perubahan.

“DHPP menyahut cabaran ini dengan dengan menyedari bahawa kita tidak dapat lari dari menjadikan salah satu aktiviti yang perlu diutamakan dalam DHPP adalah berkaitan kebajikan.

“Bukan sahaja kebajikan rakyat, malah kebajikan ahli perlu kita utamakan. Saya telah melontarkan cadangan dalam Konvensyen DHPP Pusat minggu lalu supaya DHPP perlu bersedia menubuhkan sebuah yayasan yang dipantau oleh PAS Pusat dan DHPP Pusat pada sesi akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/10/2023

- Advertisement -