Takiyuddin dilantik Setiausaha Agung PAS

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS bagi sesi 2023/2025.

- Advertisement -

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan demikian dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Menurut beliau, Dato’ Iskandar Abdul Samad dilantik sebagai bendahari, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (ketua penerangan) dan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor (ketua pengarah pilihan raya).

Katanya, pelantikan jawatan-jawatan tersebut telah dicadangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan hari ini, sejurus selepas ditangguhkan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69.

Tambahnya, pelantikan itu berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) Perlembagaan PAS. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -