Tangani isu setempat: PAS WP tubuhkan ‘task force’

Azmer Syazwan Ahmad Suparmin
- Advertisement -

SHAH ALAM: Bermatlamat menangani isu-isu berbangkit setempat, PAS Wilayah Persekutuan mengumumkan bersetuju untuk menubuhkan gerakan ‘task force’ di negeri itu.

Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata, ‘task force’ Wilayah Persekutuan tersebut akan digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

- Advertisement -

“Wakil rakyat sangat penting dalam mengungguli isu-isu penting setempat. Setakat ini, Wilayah Persekutuan tiada pelantikan wakil dalam Dewan Rakyat, jadi saya cadangkan pelantikan calon dari negeri ini agar ada wakil PAS di Dewan Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, melihat kepada situasi semasa di parlimen, ia menunjukkan tiada seorang pun ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan yang mampu dan menangani isu-isu berbangkit di negeri ini.

“Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan pelantikan seorang wakil Senator di Dewan Negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2023

- Advertisement -