PAS Negeri Sembilan perlukan bantuan isi kemenangan

Dato' Abdul Hadi Awang Kechil
- Advertisement -

SHAH ALAM: Perkara asas tarbiyah menerusi pengisian seperti usrah, tamrin, qiyam, ziarah dan seumpamanya serta pembentukan peribadi Muslim agar tidak berlaku keciciran mesti diperkatakan.

Perwakilan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa merayu PAS Pusat dan PAS Negeri-negeri berdekatan dapat menjadi negeri angkat yang membantu PAS negeri tersebut dalam memenuhi keperluan itu.

Lebih-lebih lagi katanya, apabila PAS menerusi Perikatan Nasional (PN) menang di tiga kerusi DUN pada PRN baru-baru ini yang tentunya menuntut agenda Islam diperteguhkan lagi di negeri tersebut.

Kerana PAS Negeri Sembilan juga akui beliau, kurang pengalaman, selain bertekad untuk kemenangan dianugerahkan Allah dari mandat rakyat masa kini terus dipertahankan dengan sebaiknya.

“Kita nakkan rakyat di bawah kendalian dan pemantauan kita mampu memahami Islam yang sebenar. Bukan hanya Islam ikutan ikutan sahaja,” ujarnya membahas Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69 di IDCC, di sini sebentar tadi.

Beliau juga berharap usaha sedemikian akan mengelakkan perpecahan yang boleh berlaku kesan pergolakan dalaman, sebaliknya supaya strategi dirancang mampu menjadi pekan tindakan berkesan.

Beliau turut menyeru agar jentera parti giat mendekati anak muda dan kakitangan perkhidmatan awam. – HARAKAHDAILY 21/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -