Masalah dalam negara tak selesai, PM terbang sana sini

- Advertisement -

SHAH ALAM: PAS terpaksa menangani pelbagai kerosakan dan melaksanakannya mengikut keutamaan setelah mengambil alih pemerintahan kerajaan peninggalan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi perumpamaan kerajaan seperti sebuah rumah pada majlis Ceramah 4 Perdana Menteri di IDCC malam tadi.

“Rupa-rupanya dalam rumah dapur pun tak ada. Dalam rumah katil pun tak ada. Toilet ada, tandas ada tapi tak boleh pakai. Nak flush air tak boleh. Atap ada tapi bocor. Itulah perumpamaan bila kita ambil alih kerajaan daripada BN,” ujarnya.

Menurut beliau, masalah yang banyak itu terpaksa disenaraikan dan pembaikan dilakukan mengikut keutamaan, sebelum melakukan pembelian peralatan diperlukan bagi rumah tersebut.

“Itulah dilema kita menjadi kerajaan. Bila kita ambil alih kerajaan, projek sini tergendala, projek sini rosak. Tak boleh nak buat. Rakyat kita ramai, berdepan banyak masalah. Ada susah. Ada susah dia sikit, ada susahnya banyak macam-macam.

“Duit kita ada banyak ini saja. Apa kita nak kena buat? Maka kita kena buat pertimbangan. Yang disebut sebagai melaksanakan fiqah hok mana yang perlu kita selesaikan masalah rakyat dahulu kita selesaikan.

“Hok mana tangguh dulu kemudian maka kita buat kemudian. Inilah pendekatan kita mengurus tadbir sesebuah negeri dan sesebuah negara,” ujarnya melanjutkan isu sama dengan keadaan Kerajaan Persekutuan masa kini.

Beliau berkata, terdapat banyak masalah dalam negara ketika ini dan memerlukan perancangan untuk menanganinya, namun pemimpin utama dilihat sedang sibuk terbang ke negara-negara luar. – HARAKAHDAILY 21/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -