Hamas bebaskan dua tebusan rakyat AS

Natalie Shoshana Raanan (dua dari kiri) dan Judith Tai Raanan (dua dari kanan) dibebaskan Hamas dan memasuki Israel semalam, Jumaat, 20 Okt 2023. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA:  Kumpulan Hamas telah membebaskan dua rakyat Amerika  Syarikat,  Judith Tai Raanan dan anak perempuannya Natalie Shoshana Raanan semalam, Jumaat (20 Okt).

Dua daripada kira-kira 200 tebusan yang ditahan oleh Hamas dalam serbuan pada 7 Oktober lalu itu telah selamat kembali ke Israel, menurut kerajaan Israel, lapor AFP.

- Advertisement -

Laporan juga berkata, lebih ramai tebusan mungkin akan dibebaskan, namun  tiada butiran diberikan mengenai keadaan mereka.

Kumpulan Hamas berkata, ia  bekerjasama dengan Qatar dan Mesir untuk membebaskan tebusan orang awam, sebagai tanda lebih banyak pembebasan akan menyusul.

Sehubungan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden juga dilaporkan telag melahirkan rasa gembira dengan pembebasan dua rakyat AS itu. – HARAKAHDAILY 21/10/2023

- Advertisement -