
ABU DHABI: Alexander Volkanovski telah kehilangan berat badan kira-kira 11 kilogram dalam tempoh 11 hari sebelum perlawanan semulanya menentang Islam Makhachev di kejohanan tinju UFC 294 pada Sabtu (21 Okt).
Volkanovski dari Australia, 35, menggantikan Charles Oliveira 12 hari sebelum perebutan gelaran di Abu Dhabi selepas petinju Brazil itu menarik diri kerana cedera.
Sehubungan itu, Volkanovski kini mempunyai berat 70.1kg, manakala juara Rusia, Makhachev, 31, sebelum ini telah berada pada had ringan 70.3kg.
“Jelas sekali (badan) saya mengandungi banyak air,” kata Volkanovski kepada TNT Sports.
“Saya sedang bercuti kecil bersama keluarga, dan saya menikmatinya. Saya menikmati matahari, minum beberapa kali dan makan dengan sangat baik.
“Tetapi ia melucukan, saya mempunyai permulaan sehari sebelum saya mendapat panggilan (untuk berlawan dengan Islam Mackhachev) kerana saya melihat berat badan saya ketika itu dan saya seperti ‘oh wow, saya tidak berpuas hati dengan berat saya itu’. Jadi, apabila saya mendapat panggilan telefon itu, saya sebenarnya (sudah) sekilo dua lebih ringani.
Pemegang gelaran Featherweight, Volkanovski cuba menjadi juara berganda serentak kelima dalam sejarah UFC, menyusuli jejak langkah Conor McGregor, Daniel Cormier, Amanda Nunes dan Henry Cejudo.
Terdahulu, Makhachev membatalkan percubaan pertama Volkanovski untuk memenangi tali pinggang keduanya pada Feb lalu. – HARAKAHDAILY 20/10/2023




















