Hospital Al-Ahli dibom dengan MK-84 buatan Amerika

Gambar yang disiarkan dalam laporan laman web Foggymedia.in pada 12 Okt 2023 yang dikatakan merujuk kepada penyediaan bom MK-84 Israel yang dilengkapi dengan Kit Senjata Serangan Langsung Bersama (JDAM) dilakukan Angkatan Tentera Israel (IDF) untuk 'operasi penting'. (FOTO: Foggymedia.in/@OSINTdefender)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Bom yang dijatuhkan di Hospital Al-Ahli Baptist adalah MK-84 Amerika, yang hanya boleh digunakan oleh pesawat yang tidak dimiliki oleh Hamas.

Jurucakap kementerian kesihatan Gaza berkata, serangan udara Israel pada Selasa (17 Okt) telah mengorbankan sekurang-kurangnya 500 nyawa di hospital tersebut, tetapi Israel mendakwa Hamas yang menyebabkan letupan itu.

- Advertisement -

Pihak berkuasa Israel dalam dakwaannya sebelum ini berkata hospital itu terkena roket sesat yang dilepaskan oleh Jihad Islam Palestin (PIJ), yang beroperasi dalam Semenanjung Gaza, lapor Iran Press.

“Analisis sistem operasi Angkatan Tentera Israel (IDF) menunjukkan bahawa roket bertubi-tubi dilepaskan oleh Hams di Gaza, melepasi berdekatan dengan Hospital Al -Ahli di Gaza pada masa ia terkena,” dakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam siaran media sosial.

“Risikan daripada pelbagai sumber yang kami ada di tangan kami menunjukkan bahawa Jihad Islam bertanggungjawab atas kegagalan pelancaran roket yang melanda hospital di Gaza,” tambahnya.

Kes pembunuhan Shireen Abu Akleh

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari memberitahu wartawan roket yang dilepaskan oleh PIJ melalui hospital pada masa serangan itu, yang katanya mengenai tempat letak kereta kemudahan itu.

Hagari mendakwa tiada sebarang hentaman langsung ke atas kemudahan itu dan berkata rakaman dron tentera menunjukkan ‘sejenis hentaman di tempat letak kereta’.

Dia berkata bahawa IDF sememangnya melakukani operasi udara di kawasan hospital  itu sekitar masa letupan premis berkenaan ‘‘tetapi ia dengan jenis peluru berbeza yang tidak … sesuai dengan rakaman yang kami ada (mengenai) hospital’.

PIJ dalam kenyataan balasnya bagaimanapun  telah menolak tuduhan Israel bahawa ia bertanggungjawab atas serangan itu.

“Musuh dari Zionis Israel berusaha keras untuk mengelak bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai kejam yang dilakukannya dengan mengebom Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza melalui rekaan pembohongan seperti biasa, dan dengan menuding jari menyalahkan gerakan Jihad Islam di Palestin,” ujar kenyataan itu

“Oleh itu kami mengesahkan bahawa tuduhan yang dikemukakan oleh zionis Israel itu  adalah palsu dan tidak berasas,” tambahnya.

Imran Khan dari Al Jazeera pula menyatakan bahawa beberapa pemerhati telah mempersoalkan versi peristiwa Israel, dengan beberapa menunjuk kepada sejarah Israel yang secara palsu mengaitkan tindakan yang dilakukan oleh tenteranya sendiri kepada kumpulan bersenjata Palestin.

“Kami telah melihat perkara seperti ini sebelum ini daripada  Zionis Israel,” kata Khan Selasa (17 Okt).

“Ambil contoh pembunuhan rakan sekerja kami, (wartawan) Shireen Abu Akleh. Pada peringkat awal laporan itu, pihak Israel menyalahkan pejuang dalam kem Jenin atas kematian Shireen. Kemudian barulah mereka mengakui ia adalah salah mereka.”

Israel hujani Gaza dengan 6,000 bom

Terdahulu, laman web Foggymedia.in dalam laporannya, ‘Israeli Air Base Prepares for Operation with MK-84 Bombs and JDAM Kits’ (‘Pangkalan Udara Israel Bersedia untuk Operasi dengan Bom MK-84 dan Kit JDAM’) pada 12 Okt 2023 berkata IDF  sedang bersiap sedia untuk ‘operasi penting’, seperti yang didedahkan dalam platform X baru-baru ini oleh @OSINTdefender

Pendedahan @OSINTdefender itu, menurut laman web itu lagi, memaparkan penyediaan bom 2,000 paun MK-84 Israel yang dilengkapi dengan Kit Senjata Serangan Langsung Bersama (JDAM) di pangkalan udara yang tidak didedahkan di Israel. 

“Perkembangan penting ini menyerlahkan komitmen Israel untuk mengekalkan keupayaan ketenteraan dan kesediaan untuk melindungi keselamatan negaranya,” ujar laporan itu.

Terdahulu, The Wall Street Journal melaporkan bahawa IDF telah menjatuhkan sekurang-kurang 6,000 bom di Gaza sejak serangan bermula pada 7 Okt lalu. – HARAKAHDAILY 18/10/2023

- Advertisement -