PAS lancar Tabung Aid4Palestin 2.0

Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

MARANG: PAS melancarkan Tabung Aid4Palestin 2.0 bagi membantu rakyat Palestin berhadapan konflik kekejaman Israel sejak Sabtu lepas.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, tabung berkenaan akan digerakkan di seluruh negara.

Katanya tabung itu akan digerakkan di masjid, tempat-tempat ceramah, surau, pasar malam dan pasar minggu.

“Ada wakil-wakil kita akan bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui pemberita selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Aid4Palestin merupakan inisiatif PAS yang menjadi platform mengumpulkan NGO yang terbuka untuk bersama.

“Aid4Palestin bukan sahaja daripada PAS termasuk mereka yang nak bersama, kini Aid4Palestin terdapat tidak kurang 00 NGO,” katanya yang juga Adun Batu Buruk.

Tambah beliau, antara duta Aid4Palestin adalah Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman merupakan warga Malaysia berasal dari Terengganu yang menetap di Gaza. – HARAKAHDAILY 13/10/2023

- Advertisement -