Tabung Palestin digerak rentasi sempadan politik

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kubang Kerian akan menggerakkan Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) bagi membantu Palestin merentasi parti politik.

- Advertisement -

Yang Dipertuanya Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, tabung itu akan digerakkan kepada pemimpin Umno dan Pakatan Harapan (PH) untuk membolehkan semua pihak membantu umat Islam di Palestin.

“Kita akan pergi mengutip dana dan akan diserahkan kepada Tabung Serambi Mekah selepas dilancar Menteri Besar di Medan Ilmu pagi tadi.

“Rakyat perlu bersatu menghadapi krisis Palestin angkara Zionis Israel tanpa mengira fahaman politik kerana perjuangan tersebut membabitkan maruah umat Islam.

“Di peringkat kawasan kita akan mengarahkan setiap Dun dan seluruh cawangan di Kubang Kerian mengumpul derma dengan melepasi ideologi politik,” katanya selepas Himpunan Aman Solidariti Rakyat Palestin di Masjid al Qasimi Pasir Tumboh hari ini.

Terdahulu Adun Pasir Tumboh bersama kepimpinan PAS Kubang Kerian menunaikan solat hajat dan berdoa bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan penduduk Palestin.

Himpunan aman itu bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dan membantah tindakan zalim yang dilakukan rejim Zionis Israel.

“Kita anjur program ini sebagai menyahut arahan Presiden PAS yang mengarahkan setiap Negeri dan PAS kawasan mengadakan himpunan solidariti rakyat Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/10/2023

- Advertisement -