PRK N.36 Pelangai: Gelabah Umno-BN kian ketara

- Advertisement -

PELANGAI belum pernah dimenangi oleh mana-mana parti sebelum ini melainkan BN. Namun kali ini BN kelihatan sangat menggelabah kerana PRK kali ini adalah dalam senario BN berhadapan dengan penolakan rakyat di seluruh Malaysia khususnya orang Melayu.

Walaupun BN menggunakan sebahagian agensi kerajaan untuk membuat pelbagai program bagi tujuan menarik kehadiran masyarakat tempatan, namun dimaklumkan bahawa tidak mendapat sambutan. Rakyat Pelangai sepertinya memberikan isyarat bahawa mereka akan melakukan perubahan.

BN juga berhadapan dengan ketakutan yang teramat sangat, apabila ada penceramah mengatakan kemungkinan ada ADUN BN atau PH nak melompat kepada PN, DS Wan Rosdy segera menghimpunkan wakil rakyat mereka untuk ikrar kesetiaan, kerana kalau benar maka kerajaan negeri bawah pimpinan beliau akan tumbang.

BN hadapi krisis hilangnya keyakinan rakyat, setelah Presidennya pernah bersumpah di atas nama Allah S.W.T bahawa ‘No Anwar, No DAP‘, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, tindakan ini menjadikan Umno dilihat oleh orang Melayu sebagai parti yang mengkhianati perjuangan orang Melayu. Umno berada dalam senario orang Melayu tidak dapat menerima DAP. 

Semalam Zahid Hamidi keluarkan kenyataan bahawa ada ADUN PN akan menyertai BN atau PH, mungkin respon dari isu bahawa ada ADUN BN akan melompat parti, tak perlu kami nak gelabah sampai buat ikrar pula, saya yakin bukan sahaja kami ADUN PN dan rakyat tak percaya dengan kenyataan Zahid Hamidi, entah-entah Zahid Hamidi sendiri pun tak percaya apa dia cakap.

Senario PRK Pelangai memang sangat mendebarkan BN atau PH, BN takut kalah, PH pula ingin menunjukkan bahawa gabungan mereka bersama BN adalah gabungan yang dapat membantu kemenangan, kalau kalah Pelangai ertinya DAP atau PH tidak ada nilai tambah sebaliknya hanya menjadi sebab penolakan orang Melayu Pelangai kepada BN.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya 
PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 6/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -