
KUALA LUMPUR: PASRelief mengajak seluruh masyarakat untuk menyumbang bagi membantu mangsa gempa bumi di Maghribi.
Ini susulan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Maghribi pada Jumaat menggemparkan seluruh dunia.
Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant.
Angka kematian telah mencecah 2,000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 2,000 orang cedera dan kritikal.
Kekuatan gempa yang terjadi menyebabkan ramai orang awam mula memenuhi jalanan dan tidur di luar kerana tidak berani lagi untuk tinggal di rumah masing-masing.
Gempa ini adalah paling dahsyat di Maghribi untuk selama beberapa dekad.
Raja Maghribi Mohamed VI telah mengisytiharkan tiga hari berkabung negara untuk mangsa gempa bumi yang terlibat.
“PASRelief mengajak dan menyeru seluruh masyarakat yang prihatin dan dermawan untuk sama-sama kita menyumbang bagi membantu mereka di sana,” ujar PASRelief menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Sumbangan boleh disalurkan melalui: https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-morocco-pasrelief atau akaun Maybank: 564070612333 – PASRelief. – HARAKAHDAILY 10/9/2023











