
SAWAH padi di Terengganu 100 peratus milik Melayu Islam. Dari 12,000 ha keluasan, 500 ha adalah sawah padi yang mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia, MyGAP.
Padi MyGAP yang dituai diproses di Kilang Padi Konsortium LPP Baruh Masin Jabi, juga milik Melayu Islam.
Beras MyGAP dengan jenama BERAS GANU dibungkus oleh TADC sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu di Kilang Pembungkusan Beras TADC Kampung Telaga Papan Setiu.
BERAS GANU diedarkan oleh Ameen Hallmart Kampung Losong Kuala Terengganu, sebuah pasaraya milik Melayu Islam.
Dah jadi BERAS GANU, silakan siapa-siapa pun nak beli. Ini satu-satunya jenama beras 100 peratus tempatan dalam negara yang mempunyai persijilan MyGAP yang telah diuji selamat dari segi kualiti dan biosekuriti.
YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar
Negeri Terengganu- HARAKAHDAILY 7/9/2023




















