
BLOK Kerajaan sekarang ini 147 daripada 222 kerusi di Parlimen. Hanya perlukan 1 sahaja kerusi lagi untuk mencapai 2/3 Parlimen (148 kerusi).
Persempadanan semula
Apabila cukup 2/3, bermaksud kerajaan ada kemampuan untuk membuat persempadanan semula [1].
Yang pastinya, persempadanan itu akan menguntungkan kerajaan untuk mengukuhkan bloknya.
Contohnya, 1 Parlimen yang banyak pengundi PH, dikerat menjadi 2, dan begitulah seterusnya.
Ini akan menjadikan bilangan Ahli Parlimen blok kerajaan semakin bertambah, dan menguatkan blok kerajaan.
Lim Guan Eng nafikan persempadanan semula ini, katanya itu kerja SPR. [2]
Pelik apabila dia cakap sedemikian. Nak berlakonkah?
Kalau Parlimen 2/3 usulkan persempadanan semula, dan diluluskan, SPR akan ikut sahaja.
Perdana Menteri bukan-Melayu?
Jangan lupa juga, antara perkara yang possible ialah Perdana Menteri di kalangan bukan-Melayu, yang berautoriti untuk menandatangani persefahaman Antarabangsa.
Termasuk juga berkaitan kepentingan geopolitik.
Ya, walaupun ia sekadar ura-ura yang pernah bertiup kencang beberapa kali sebelum ini, namun dari segi Perlembagaannya ia ada kemungkinan.
Perdana Menteri bukan dari kalangan Melayu juga dari segi pengamalannya mungkin nampak janggal. Tapi kalau ikut ideologi Machiavellianisme, segala-galanya mungkin.
Ideologi beliau menekankan aspek ‘kejantanan’, sanggup pecah tradisi dan pengamalan.
Nak hapuskan Akta Hasutan
Bukan setakat itu, apabila mencapai 2/3 Parlimen, lebih banyak perkara yang boleh dibuat. Antaranya ialah menghapuskan Akta Hasutan [3].
Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman, mendakwa gerakan didalangi secara terang-terangan oleh DAP itu mempunyai agenda tersembunyi, iaitu untuk menghapuskan peruntukan Artikel 152, 153 dan 3 Perlembagaan Persekutuan.
Bahkan, DAP pernah berusaha secara serius untuk menghapuskan akta tersebut [4].
MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 7/9/2023
Rujukan:
[1] https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2023/09/1005882/pn-bimbang-ph-bn-buat-persempadanan-semula-kawasan-pilihan-raya
[2] https://www.sinarharian.com.my/article/276963/berita/politik/hanya-spr-boleh-buat-persempadanan-semula-kawasan-pilihan-raya—guan-eng
[3] https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2019/01/522066/pinda-hapus-akta-hasutan-undang-parah
[4] https://www.utusan.com.my/nasional/2018/09/dap-kekal-mahu-akta-hasutan-dimansuh/
[4] https://dapmalaysia.org/siaran-langsung-pelancaran-gerakan-hapus-akta-hasutan-di-ubah-tv-malam-ini/











