Kecederaan Vinicius Jr memeningkan Real Madrid

- Advertisement -

Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr dijangka diketepikan selama beberapa minggu selepas kelab LaLiga itu berkata pemain itu mengalami kecederaan otot paha semasa perlawanan Jumaat lalu di Celta Vigo.

Sumber yang rapat dengan pemain itu memberitahu Reuters bahawa dia dijangka diketepikan antara lima hingga enam minggu dan akan terlepas dua perlawanan kelayakan pertama Brazil untuk Piala Dunia 2026 menentang Bolivia dan Peru pada September.

- Advertisement -

“Berikutan ujian yang dijalankan ke atas Vini Jr oleh perkhidmatan perubatan Real Madrid, pemain itu disahkan mengalami kecederaan pada otot bisep femoris kanan. Perkembangannya akan dipantau,” kata kelab itu, semalam.

Kecederaan pemain berusia 23 tahun itu adalah berita buruk terbaru yang melanda Real Madrid dengan penjaga gol, Thibaut Courtois dan pertahanan, Eder Militao tidak dapat beraksi untuk baki musim ini. Pemain baharu, Arda Guler juga akan diketepikan selama beberapa bulan selepas menjalani pembedahan lutut.

Pemain tengah, Dani Ceballos dan pemain pertahanan, Ferland Mendy juga dalam proses pemulihan akibat kecederaan otot yang dialami dalam beberapa minggu pertama musim ini. – REUTERS

- Advertisement -