Takziah atas pemergian Maulana Delwar Hossain Sayedee

- Advertisement -

PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Maulana Delwar Hossain Sayedee yang meninggal dunia minggu lalu, akibat serangan jantung.

- Advertisement -

Beliau merupakan Timbalan Ketua bagi Jamaat Islami Bangladesh. Selain itu, beliau juga pernah memegang posisi sebagai Ahli Parlimen Bangladesh bagi wilayah Pirojpur-1.

Pemergian Almarhum sangat dirasai dengan jasa dan pengaruh beliau sebagai seorang ahli Parlimen dan juga sebagai salah seorang ulama’ yang banyak mentafsirkan al-Quran.

Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Safar 1445H / 25 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 25/8/2023

- Advertisement -