Stesen minyak di Rusia terbakar, 27 maut

- Advertisement -

DAGESTAN: Kebakaran di sebuah stesen minyak di wilayah selatan Rusia, Dagestan mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang termasuk tiga kanak-kanak.

Agensi berita Interfax melaporkan bahawa kebakaran bermula di sebuah bengkel membaiki kereta di tepi lebuh raya ibu kota Dagestani, Makhachkala pada malam Isnin lalu dan menyebabkan letupan ketika merebak ke stesen minyak berhampiran.

- Advertisement -

Rakaman yang disiarkan dalam talian menunjukkan bangunan satu tingkat terbakar.

“Keadaan seperti perang di sini,” kata seorang saksi.

Sekurang-kurang 66 orang cedera dengan 10 daripada mereka dalam keadaan kritikal, kata Timbalan Menteri Kesihatan Rusia, Vladimir Fisenko memberi maklumat terkini mengenai mangsa.

Mengikut laporan Interfax yang memetik Kementerian Kesihatan Dagestani, 13 daripada mangsa yang cedera adalah kanak-kanak

Anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk memadamkan api yang merebak ke kawasan seluas 600 meter persegi lapor TASS – REUTERS

- Advertisement -