PAS ulangi kejayaan menang 43 DUN di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS yang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) sekali lagi mengulangi kejayaan apabila menang di 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Kemenangan itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di pekarangan Pejabat Perhubungan PAS, di sini malam tadi.

- Advertisement -

“Berdasarkan keputusan yang disahkan oleh SPR, Kelantan berjaya menang di 43 kerusi DUN, manakala dua kerusi lagi dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) iaitu DUN Galas dan Kota Lama.

“Alhamdulillah, kita bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi ini, sekali gus dapat kita terus membentuk semula kerajaan di negeri ini.

“Pada masa sama, kita juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat kerana terus memberi sokongan dalam masa yang sama terima kasih juga kepada semua jentera yang bekerja keras sepanjang pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Kemenangan PN.

Yang turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi BERSATU, Datuk Kamaruddin Md Noor dan sebahagian besar calon PN yang bertanding.

Pada masa sama, Ustaz Ahmad turut memohon kemaafan kepada semua pihak sepanjang melaksanakan proses berkempen. – HARAKAHDAILY 13/8/2023

- Advertisement -