
KEPUTUSAN pilihan raya enam negeri semalam yang jelas memihak kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) penting sebagai isyarat rakyat terutamanya orang Melayu menolak semua parti Melayu dalam Kerajaan Campuran Madani PH-BN.
PAS yang diberikan mandat besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memberikan khidmat terbaik pada semua.
PAS juga akan meneruskan agenda Politik Matang dan Sejahtera untuk semua rakyat di negeri pemerintahan PAS dan juga akan menjadi pembangkang yang konstruktif, kolaboratif dan bertanggungjawab di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Terima kasih kepada semua pengundi yang memberikan keyakinan kepada PN dan Adun-Adun yang diberikan amanah akan menjalankan tanggungjawab sebaiknya.
Jutaan terima kasih kepada jentera PN terutamanya jentera PAS yang berusaha memenangkan parti pada PRN ini. Insya Allah kita akan terus berusaha ke Putrajaya.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
“Malaysia Sejahtera”
YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
13 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 13/8/2023




















