Bantuan atau sogokan?

- Advertisement -

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi umum sejumlah peruntukan geran tambahan di Terengganu. Lepas itu dia kata,

 “…asalkan pada 12 Ogos nanti, para belia mengikut Gelombang Biru (BN) dan Gelombang Merah (PH) yang ada di Negeri Terengganu.”

Sangat jelas ucapan Timbalan Perdana Menteri itu mengandungi unsur rasuah.

Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah membuat laporan kepada SPRM bagi menggesa siasatan dijalankan.

Kami tiada bantahan mengenai bantuan, tetapi agak pelik kerana ia diberi menjelang pilihan raya dan setelah pembubaran DUN.

Kami kecewa bantuan yang diberi Kerajaan Terengganu pada pilihan raya lepas difitnah sebagai rasuah padahal ia telah diumum dalam belanjawan berbeza dengan apa yang sedang berlaku hari ini.  

USTAZ MOHD HARUN ESA 
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 30/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -