Kebangkitan rakyat Selangor tidak boleh dihalang

Sebahagian hadirin pada Majlis Pengumuman Calon PERIKATAN NASIONAL Selangor, malam ini.
- Advertisement -

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, malam ini sangat penting bukan sekadar memperkenalkan calon tetapi tanda gelombang kebangkitan rakyat untuk merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

- Advertisement -

Beliau berkata gelombang rakyat ini tidak boleh dihalang oleh sesiapa dan ia juga bukan gelombang yang akan menakutkan rakyat.

Katanya tetapi ia gelombang yang akan membawa keamanan kepada rakyat.

Beliau berkata, PERIKATAN NASIONAL Selangor memperkenalkan calon daripada pelbagai pangkat dan pengalaman.

“Ia mencerminkan sebagai kesempurnaan. Bila digabung ia akan menjadi kuat bagi menjadikan Selangor melakukan gerakan besa-besaran bahawa rakyat sudah bosan dengan PH/BN,” katanya ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PERIKATAN NASIONAL di Padang Awan, Taman Medan, di sini malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberi jaminan bahawa seluruh jentera akan bekerja sepenuh masa dan bersungguh-sungguh bagi memastikan calon PERIKATAN NASIONAL akan berjaya.

Beliau menyeru supaya meninggalkan perkara yang remeh temeh dan satukan kekuatan semua jentera bagi menjamin kemenangan pada PRN kali ini.

Para penyokong PERIKATAN NASIONAL memenuhi Padang Awan Taman Medan bagi menyaksikan pengumuman calon-calon di 56 DUN negeri Selangor, malam ini. – HARAKAHDAILY 26/7/2023

- Advertisement -