Jangan guna agensi kerajaan untuk kepentingan politik

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Tidak wajar agensi kerajaan digunakan untuk kepentingan kumpulan politik yang berkuasa demi merealisasikan agenda mereka.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka berkhidmat untuk kepentingan negara dan ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agung bukannya pemimpin politik.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahgunaan kuasa atas kepentingan politik malah menggunakan agensi kerajaan untuk bina persepsi berlaku salah laku terhadap seseorang,” kata beliau sebaik sahaja selesai majlis penyerahan zakat perniagaan Kumpula Perbadanan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, hari ini.

Jelasnya lagi, beliau berkata demikian bukanlah bermaksud tidak mahu disiasat tetapi siasatan itu biarlah jelas bukannya kabur yang boleh menunjukkan ada maksud tertentu.

Malahan agensi kerajaan itu nanti katanya perlu dipertanggungjawabkan kerana kerajaan boleh berubah dan tidak mustahil perkara yang sama berulang hingga akhirnya agensi terbabit terpaksa patuh kepada arahan pemimpin politik.

“Kerja mereka bukan jadi pak turut kepada pemimpin politik, tetapi mereka bertugas dan patuh kepada negara,” tambahnya.

Berhubung desakan pemimpin politik tertentu agar beliau menjawab berkenaan kemasukan dua warga China ke Kedah, kata beliau perkara itu sudah dijelaskan sebelum ini.

“Tak perlu saya jawab sebab mereka sudah ada jawapan, bukan kerja MB dok import pekerja dari negeri China, kerja saya tadbir negeri, tu kerja syarikat, saya tak ada kuasa eksekutif untuk syarikat itu,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 26/7/2023

- Advertisement -