Ternyata itu dokumen sukuk FELDA

- Advertisement -

SEMALAM Perdana Menteri desak Tan Sri Muhyiddin minta maaf, masih berkisar isu hutang FELDA.

Tetapi dokumen yang kononnya dikatakan tandatangan pelupusan hutang itu akhirnya ternyata dokumen sukuk.

Jadi ceritanya pada 14 Oktober 2020, Tan Sri Muhyiddin telah meluluskan dalam kabinet Pelan Pemulihan FELDA.

Antaranya untuk hapuskan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion.

Seperti yang telah dijelaskan melalui kenyataan media FELDA sendiri, hutang peneroka kepada FELDA telah selesai dihapuskan pada 2021 dan 2022.

Pada masa yang sama, FELDA masih berhutang dengan KWSP dan Maybank.

Bagaimana kerajaan nak bayar jika hutang peneroka sudah dihapus tanpa perlu dikutip lagi?

Maka, diputuskan untuk FELDA terbitkan sukuk dengan jaminan kerajaan. Dan Kerajaan Persekutuan akan keluarkan RM990 juta geran tahunan selama 10 tahun kepada FELDA.

Juga bertujuan untuk FELDA dapat beli saham FGV di Bursa dan ambil alih FGV.

RM2.72 bilion sukuk telah diterbitkan.

24 Mac 2021 : RM2.005 bilion.
16 November 2021 : RM365 juta.
18 November 2021 : RM350 juta.

FELDA terbitkan sukuk dan sijil diberikan kepada syarikat yang membiayai FELDA. FELDA perlu bayar faedah atas pembiayaan itu setiap tahun.

Dengan jaminan kerajaan, dipersetujui dalam Pelan Pemulihan FELDA 2020 untuk kerajaan beri geran tahunan kepada FELDA. 

Dokumen yang Perdana Menteri tunjukkan tandatangan beliau hari ini adalah penerimaan pertama geran RM990 juta daripada kerajaan untuk tebus sukuk FELDA.

Dan wajarlah ada tandatangan Perdana Menteri kerana beliau Menteri Kewangan hari ini. 

Tetapi dokumen tersebut langsung tiada kaitan dengan penghapusan hutang peneroka. Hutang peneroka tanpa dana kerajaan. Dihapuskan tanpa perlu dikutip lagi.

Apabila satu penipuan bermula, bersiri-siri penipuan akan bersambung. Lubang itu akan semakin membesar, semakin terang dan bersuluh sehingga rakyat sudah mampu menilai sendiri.

DATO’ HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat
21 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 21/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -