Kerajaan PH-BN semakin hilang arah tuju

Haziq Asyraf Dun
- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan campuran PH-BN tidak wajar mengulangi naratif memburukkan PERIKATAN NASIONAL (PN) dengan isu tajaan syarikat judi tanpa sebarang bukti.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Haziq Asyraf Dun berkata, sehingga sekarang Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim gagal mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu.

Katanya, kerajaan campuran tidak perlu menimbulkan persepsi buruk terhadap parti lawan tanpa sebarang bukti.

“Keluarkan fakta dan jangan sekadar mengeluarkan kenyataan secara umum semata-mata mahu mengelirukan rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Jentera Perpaduan Kedah di padang awam Guar Chempedak semalam Anwar sekali lagi dilapor mendakwa PN mendapat tajaan syarikat judi pada Pilihan Raya Umum lepas.

Menurutnya beliau sedia disaman atau dikenakan tindakan sekiranya kenyataannya PN menerima dana daripada syarikat judi adalah fitnah.

Haziq berkata, Perdana Menteri tidak wajar berterusan meleparkan dakwaan tanpa bukti sehingga keyakinan pelbagai pihak terhadap kerajaan sekarang terus merosot.

“Jika benar Perdana Menteri mempunyai bukti kukuh kemukakan untuk dinilai rakyat. Kalau sekadar buat tuduhan umum ia boleh ditertawa rakyat.

“Biar rakyat dapat menilai mana satu betul atau salah. Tanpa sedar persepsi seperti itulah yang menyebabkan pelabur hilang kepercayaan kepada kerajaan sekarang.

“Kerajaan juga dilihat hilang arah tuju sehingga terpaksa berpolitik tanpa mengira masa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/7/2023

- Advertisement -