3R: Polis selesai siasat tiga pemimpin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantarkan kertas siasatan membabitkan tiga pemimpin politik yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) ke pejabat Peguam Negara minggu depan.

- Advertisement -

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis selesai mengambil keterangan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

“Siasatan hampir selesai dan kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin,” katanya selepas mengikuti taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kelantan hari ini. (Foto atas)

Media sebelum ini melaporkan Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Manakala, Tuan Guru Abdul Hadi pula disiasat susulan satu hantaran di akaun Facebook yang disiarkan Sabtu lalu mengenai DAP. Beliau disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – HARAKAHDAILY 16/7/2023

- Advertisement -