
PEMUDA PERIKATAN NASIONAL (PN) Perak mengecam penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bahawa PN akan memusnahkan tokong jika berjaya memerintah Pulau Pinang.
Rujuk: https://www.malaysianow.com/my/news/2023/07/08/guan-eng-dakwa-gelombang-hijau-bakal-musnahkan-tokong-nafi-hak-agama-di-pulau-pinang?utm_source=Newswav&utm_medium=Website
Sesungguhnya, kenyataan yang beliau keluarkan ini amatlah kontradiks dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan kononnya lantang mengecam isu 3R yang menyentuh perihal institusi diraja, agama dan kaum (Royal, Religion, Race).
Kenyataan ini merupakan satu provokasi melampau yang jelas satu fitnah dan tindakan terdesak untuk menjatuhkan pihak lawan serta menakutkan kaum bukan-Melayu.
Justeru, Pemuda PERIKATAN NASIONAL Perak menggerakkan satu laporan polis pada Isnin, 10 Julai 2023 berhubung isu ini agar tindakan undang-undang akan segera diambil berhubung kenyataan yang cukup melampau dan berunsur fitnah.
YB USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
PERIKATAN NASIONAL Negeri Perak – HARAKAHDAILY 11/7/2023

























