4 agenda, pemantapan ekonomi jadi keutamaan Perlis

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Kebersihan, negeri ilmu, bebas judi dan dadah menjadi empat agenda utama pentadbiran kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) negeri Perlis selepas mengambil alih pemerintahan tujuh bulan lepas.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, di samping empat agenda tersebut, pemantapan ekonomi juga menjadi keutamaan kepada pentadbiran negeri.

“Alhamdulillah kita menerima jumlah pelaburan sebanyak RM2.5 bilion sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.

“Selain itu, kerajaan negeri juga terus giat membangunkan dasar ke arah mencapai Perlis Bersih, Perlis Negeri Ilmu, Perlis Bebas Judi dan Perlis Bebas Dadah,” katanya semasa Majlis Pertemuan Komuniti Jentera Politik di Kompleks PAS (KOMPAS) baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya turut menekankan kepentingan pengukuhan ekonomi dalam memastikan kebajikan rakyat dapat dijaga sebaik mungkin.

“Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Zakat sangat berkait rapat dengan ekonomi, sekaligus ia membawa erti menjadi salah satu daripada rukun Islam sendiri.

“Membangunkan ekonomi juga tidak membawa PAS lari dasar utamanya. Namun apabila menjadi kerajaan, isu ekonomi merupakan antara yang menjadi kepentingan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 11/7/2023

- Advertisement -