
RINGGIT menyaksikan penurunan hampir 6 peratus pada separuh pertama 2023 menjadikan ia matawang terlemah di Asia. Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengadakan mesyuarat pada 5 dan 6 Julai ini untuk membuat keputusan berkenaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Rata-rata rakyat kecewa dengan tatakelola Pakatan Harapan menguruskan pentadbiran negara. Kelihatan tiada idea-idea segar untuk memulihkan ekonomi, tetapi nampaknya lebih agresif dengan politik balas dendam. ‘Raja Formula’ pula masih lena di kerusi empuk.
Begitu juga di Selangor, begitu banyak dasar-dasar kebajikan rakyat yang diperkenalkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim telah dikurangkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan seperti dasar air percuma menyebabkan rakyat makin tertekan.
Akibat kesempatan hidup ini, pihak Pinjaman Wang Tidak Berlesen atau lebih dikenali sebagai Ah Long giat menangguk di air yang keroh. Iklan-iklan berkenaan pinjaman Ah Long ini bersepah di merata-rata tempat.
PERIKATAN NASIONAL memandang serius dengan kewujudan Ah Long ini. Isu ini merupakan terbitan kepada kelemahan Pakatan Harapan menguruskan ekonomi. Jadi cara yang terbaik untuk menoktahkan isu Ah Long ini adalah dengan menolak Pakatan Harapan khususnya di Selangor.
Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada PERIKATAN NASIONAL.
Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.
MEDIA PENERANGAN
PERIKATAN NASIONAL Selangor – HARAKAHDAILY 6/7/2023
Sumber Asal: https://fb.watch/lCd_JEnPu5/?mibextid=Nif5oz











