Apa Ahli Parlimen Marang buat bantu orang miskin?

- Advertisement -

RAFIZI tanya, apa yang Haji Hadi buat untuk bantu orang miskin di Marang?

Ambe imbas sikit, Mei 2018 ketika mula masuk pejabat Exco Pertanian, Ayah Chik panggil ambe ke rumahnya di Rusila. 

Banyak perkara kami bincang untuk bantu rakyat miskin khususnya nelayan pantai. 

Ayah Chik yang cadangkan kepada ambe supaya labuhkan unjam untuk nelayan. 

Ambe dengar dan taat arahan Ayah Chik. Bulan Ogos 2018 Program Labuh Unjam yang pertama kita buat di Pantai Rusila dan Ayah Chik turun sekali bersama kami. 

Cuba renung gambar di bawah dan lihat bagaimana ceria dan bersemangat riak wajah Ayah Chik bila boleh turun ke laut dalam program untuk tolong rakyat. 

Semasa majlis perasmian program, protokol susun Ayah Chik selaku Ahli Parlimen Marang berucap sebagai tuan rumah sementara ambe rasmikan program. 

Nak mula majlis, ambe maklum kepada MC majlis bahawa ambe nak berucap dulu. Di akhir ucapan ambe jemput Ayah Chik merasmikan program. 

Begini cara kita beradab dengan pimpinan walau dari segi protokol kerajaan kita lebih kanan. 

Sekarang siapa yang mampu nafikan keberkesanan program labuh unjam dalam membantu rakyat warga nelayan.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 6/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -