
Angel Di Maria menyertai semula Benfica, kelab pertama diwakilinya dalam kerjaya bola sepak di Eropah antara 2007 dan 2010 selepas berpindah dari Argentina.
“Selamat pulang ke kampung, Di Maria!” kelab itu dalam kenyataan selepas video yang mengumumkan menandatangani pemain berusia 35 tahun itu selama setahun
Langkah pertama Di Maria bersama juara Portugal itu adalah permulaan kepada perpindahannya ke gergasi Sepanyol, Real Madrid, kelab yang memberikannya kejuaraan liga, dua piala domestik dan Liga Juara-Juara.
Pemain Argentina itu kemudian menghabiskan musim lalu bersama kelab Serie A, Juventus selepas tujuh tahun yang hebat bersama Paris St Germain.
Di Maria akan menyertai rakan karib dan rakan senegara, Nicolas Otamendi, rakan sepasukannya dalam kempen Argentina memenangi Piala Dunia tahun lalu. – REUTERS











