MP PN beri sumbangan kepada Muhammad Syahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) membuat kutipan untuk disumbangkan kepada pelajar cemerlang SPM, Muhammad Syahril Saidi yang kehilangan ibunya, minggu lalu.

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menerusi laman sosial beliau, petang tadi.

“Alhamdulillah, petang ini berkunjung ke rumah adik Syahril,” ujarnya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Tumpat merangkap Exco Kebajikan Negeri Kelantan, Dato’ Mumtaz Md Nawi dan ADUN Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin. (Foto atas)

“Kehadiran kami adalah untuk menyerahkan sumbangan tunai dan laptop kepada adik Syahril, hasil kutipan sumbangan sekalian Ahli Parlimen Perikatan Nasional, serta sijil tahniah daripada Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan,” katanya lagi.

Menurut Syahir, dalam pertemuan tersebut, Mumtaz berkongsi nasihat dan pengalamannya yang juga merupakan pelajar terbaik SPM peringkat negeri.

Katanya, beliau menyatakan kesediaan untuk terus menjadi rujukan bagi membantu adik Syahril membuat keputusan berkaitan pendidikan dan kerjaya yang akan dipilihnya kelak.

“Kita doakan adik Syahril, adik-beradik beliau, juga sekalian anak-anak yatim yang masih di alam persekolahan, untuk terus diberikan kejayaan dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah,” ujarnya lagi. -HARAKAHDAILY 17/6/2023

- Advertisement -