
Brighton & Hove Albion menandatangani bekas pemain tengah Jerman, Mahmoud Dahoud dari Borussia Dortmund dengan kontrak empat tahun.
Pemain kelahiran Syria berusia 27 tahun itu yang menjalani pembedahan bahunya tahun lalu, akan menyertai pada 1 Julai selepas kontrak semasanya tamat dengan naib juara Bundesliga itu.
“Saya teruja untuk mempunyai Mahmoud dalam pasukan saya. Saya mahukan dia ketika saya di Sassuolo dan pasti dia akan menjadi pemain terbaik untuk kami,” kata Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi.
Mahmoud bermain untuk pasukan senior Jerman sebanyak dua kali selepas membuat penampilan sulung antarabangsa menentang Turkiye pada 2020.
Brighton akan bermain di Eropah buat kali pertama musim depan selepas menduduki tempat keenam untuk layak ke Liga Europa.
“Dia pemain yang berkualiti, mempunyai banyak pengalaman bermain di peringkat tinggi di Jerman dengan pengalaman hebat di Eropah,” kata Pengarah Teknikal Brighton, David Weir.
Rabu lalu, Brighton mengumumkan menandatangani pemain tengah berusia 37 tahun, James Milner, yang merupakan ejen bebas selepas meninggalkan Liverpool. – REUTERS











