Awat Kedah masih miskin?

- Advertisement -

ORANG hari ini kalau cerita pasal negara maju orang akan nampak bangunan-bangunan tinggi, ekonomi digital, tempat pelancongan, lapangan terbang besar dan sebagainya.

Di Kedah, belum sampai tahap itu. Bangunan paling tinggi pun Menara Alor Setar. Lapangan terbang utama negeri cuma ada purata 15 penerbangan sahaja sehari. Berbanding 105 di negeri jirannya, Pulau Pinang.

Sebabnya apa? Sebab ekonomi utama di Kedah adalah pertanian. Orang Kedah tanam padi. Bukan buat makan negeri dia sahaja, dia bekal 43 peratus untuk negara.

Kedah banyak empangan air, bukan untuk negeri dia sahaja. Pulau Pinang pun tumpang guna percuma sahaja. Kena simpan hutan lagi untuk buat tadahan air.

Jadilah Kedah abang sulung yang kena buat kerja-kerja orang lama berkorban untuk kebaikan orang lain. Jadi tak boleh banding semberono. Kena faham sektor ekonomi di setiap negeri.

Nak keluar daripada kemiskinan, Kedah kena pandai guna dan olah seluruh sumber sedia ada. Hari ini, Menteri Besar Kedah sangat-sangat memperjuangkan Kedah Aerotropolis.

Sebabnya, Kedah Aerotropolis akan ubah landskap ekonomi Kedah yang kononnya terkebelakang dan tak maju. The Game Changer di Wilayah Utara.

Kalau menjadi Kedah Aerotropolis, Kedah akan ada semua ini:

1. Airport City.
2. Business Park.
3. Sidam Logistic, Aerospace & Manufacturing (SLAM).

Baca pun ‘wow’ dah. Tak boleh bayang kalau suatu hari jadi kenyataan. Tinggal nak buka hati-hati keras yang masih buat-buat tak reti.

Tiga kali orang bagi surat, dia kata Menteri Besar biadab.

Dia kata tidak pernah ada surat permohonan nak buat lapangan terbang.

Bagi bajet ciput yang bukan datang semuanya dari kerajaan dia, tapi dia bohong mahasiswa katanya itu bajet tertinggi yang diberi kepada Kedah.

Orang yang hasad dengki sahaja tidak mahu tengok projek berimpak tinggi ini menjadi realiti di Kedah. Negeri di bawah Kerajaan Persekutuan juga.

Mereka menindas hak orang Kedah, mereka tak hargai pengorbanan rakyat Kedah kepada negara, mereka tidak membalas jasa orang Kedah dengan pembangunan selayaknya.

Disebabkan jadi pemimpin kerajaan yang bukan pilihan rakyat, mereka tak faham hati orang Kedah. Mereka ingat dengan kutuk Menteri Besar Kedah mereka ambil hati orang Kedah, tapi makin sakit hati dibuatnya. Salah langkah, terima padah. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02YX1sn4SYL8ZmNja4rJMfkJyMvvFELqAtZ256fPBjGHFBZ9pw2VivhjaMzBg3CnGgl&id=100064718314834&mibextid=ZbWKwL 

- Advertisement -
- Advertisement -