Projek BALB Batu Balai dalam proses perolehan perunding

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin (Foto Parlimen Malaysia)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Batu Balai, Jerantut telah diluluskan di bawah RP2 RMKe12 dengan kos keseluruhan berjumlah RM60 juta.

- Advertisement -

Menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, projek itu melibatkan penaiktarafan sistem rawatan air di LRA Batu Balai Fasa 1, pembinaan tangki air bersih, pembinaan tangki perkhidmatan menara, pembinaan rumah pam, kerja-kerja menaiktaraf muka sauk, pemasangan paip agihan dan paip retikulasi serta kerja-kerja yang berkaitan.

Melalui projek itu, ujarnya dijangka sebanyak 887 buah rumah bagi kawasan Parlimen Jerantut akan menerima manfaat iaitu anggaran seramai 4,435 orang penduduk.

“Status semasa projek ini adalah dalam proses perolehan perunding,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerantut, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin di Dewan Rakyat, semalam.

Khairil Nizam dalam soalannya meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan status projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Batu Balai di Jerantut di bawah program Bekalan Air Luar Bandar. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -