Anwar dicabar tunjuk bukti!

- Advertisement -

SAYA hairan dengan tindak-tanduk Datuk Seri Anwar sejak akhir-akhir ini.

Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini. Kalau sudah ada dedahlah dan cajlah di mahkamah.

Tetapi tidak. Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu dari pemimpin lama yang dituduh bantu kroni.

Dedahlah kekayaan di masa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan seperti yang dituntut sekarang. Dan bantulah rakyat dengan duit sendiri, bukan duit kerajaan.

Di masa yang sama Anwar kononnya mempunyai maklumat mengenai berbilion yang disapu oleh saya dan keluarga saya.

Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.

Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya.

Dengan itu pengisytiharan mengenai kekayaan saya akan diketahui dunia.

Tak perlu saya isytihar lagi.

Tetapi Anwar juga perlu isytihar.

DR MAHATHIR MOHAMAD
8 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 8/5/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03hs5ZExjERuaG7oRo6Dm4SVPnwpeK5x9fmxSW3eZho7yjhK8Eg9yoCWzDPrMuVN2l&id=100044516073020&mibextid=ZbWKwL 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -