Agus tidak cermat menyindir

- Advertisement -

KATA orang lama, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Maksud mudahnya hati-hati dalam berkata-kata. Pulau Pinang tidak bersalah tetapi Agus telah mengheretnya dalam kancah perbandingan yang memualkan.

Jika mahu dikatakan Kelantan kotor dengan sampah, katakanlah sahaja dan jangan bandingkan kerana Pulau Pinang juga berdepan masalah sama. Sebagai informasi Agus, saya sertakan capaian akhbar yang boleh dibaca Agus.

Kerajaan Pulau Pinang perlu agresif tangani pencemaran sungai
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/197593

Pulau Pinang perlu agresif tangani isu pencemaran sampah – SAM

- Advertisement -

Kes sampah haram meningkat di Pulau Pinang
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/34655

Sekali lagi Pulau Pinang tidak salah tetapi yang tidak betulnya adalah Agus, Pengarah J-KOM yang jawatannya bukan sahaja dipertikai lawan tapi dalaman komponen Kerajaan Anwar-Zahid juga.

Salam amal.

MOHD FIRDAUS NAWI
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 26/4/2023

- Advertisement -