Siapakah yang angkuh dan selesa?

- Advertisement -

MENGATA Melayu, majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu Islam. Mengata Melayu, Menteri dan Timbalan Menteri pun Melayu Islam. Mengata Melayu, duduk di Tanah Melayu.

Apa kes? Menteri mohon maklum kepada awam, Melayu angkuh bagaimana? Menteri mohon maklumkan, bangsa mana yang selalu dibuli dan dihina?

Sedih rakyat dengan pimpinan sebegini. Mohon pihak yang selayaknya mengambil tindakan sekerasnya kepada Menteri ini atas kata-kata angkuhnya.

Melayulah yang banyak bertolak-ansur, Melayulah yang banyak memberi muka.

Menteri mahu apa sebenarnya sampai mengata Melayu sebegini rupa? Bawa bertenang Menteri di bulan mulia ini, semoga Allah memakbulkan doa yang teraniaya.

“Ya Allah, berilah hidayah kepada Menteri, tunjukilah jalan yang benar buat Menteri, di setiap kata-kata Menteri dapat menyejukkan hati rakyat, berilah cahaya sinar kebaikan yang banyak kepada pemimpin seperti ini. Amin ya Rabbal Alamin.

Akhir kata, sedikit pesanan, andai Menteri buat hal lagi mengenai Islam dan Melayu, rakyat Melaka akan bangkit pertahankan.

ANAS ABDULLAH
Ketua Penerangan Pemuda
Dewan Pemuda PAS 
Negeri Melaka – HARAKAHDAILY 6/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -