
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man meluangkan masa semalam menziarahi masyarakat di sekitar Parlimen Kubang Kerian.
“Ada yang diuji dengan masalah kesihatan, ada yang terlantar sakit tua dan ada juga yang Allah uji dengan kehilangan keluarga,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, malam tadi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mendoakan moga-moga mereka yang diuji dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menempuh ujian Allah SWT.
Beliau memetik firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya”.
Sementara itu, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas (2023) yang bermula pada 13 Februari lalu berakhir 4 April. – HARAKAHDAILY 6/4/2023











