
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan berita beliau ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.
- Advertisement -
Katanya, hari ini beliau hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.
“Bagaimanapun esok, Khamis saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi,” ujarnya menerusi Facebook beliau, malam ini. – HARKAHDAILY 8/3/2023











