Kurangkan pergantungan kepada beras import

Dato’ Mumtaz Md Nawi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tahap kebergantungan kerajaan kepada beras negara masih pada tahap 30 peratus, khususnya untuk keperluan dalam negara sendiri.

- Advertisement -

Ini menyebabkan Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) meminta pandangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung perancangan kementerian untuk mengurangkan kebergantungan kepada luar negara.

Beliau mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menterinya, Chang Foong Hin ketika ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Memandangkan sekarang ini, kita difahamkan bahawa kebergantungan kerajaan kepada beras khususnya untuk keperluan negara masih pada tahap 30 peratus.

“Jadi apakah perancangan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada luar negara dari segi jangka panjang dengan meletakkan peratusan berkadar sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Mumtaz juga bertanyakan status pengumpulan bekalan dalam negeri yang dapat diselesaikan oleh orang tempatan sendiri.- HARAKAHDAILY 28/2/2023

- Advertisement -