Kalau berani, sebut di luar Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan bahawa tuduhan bahawa anak dan menantunya memperoleh kontrak dalam Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) sebagai pembohongan, fitnah dan tidak betul.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pagoh berkata, tuduhan itu juga suatu perkara yang berat untuk menjatuhkan maruah diri dan keluarganya.

Ini menyebabkan beliau yang juga Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) berkata: “Saya nak jelaskan di sini, sebab ini peluang saya nak nyatakan dengan jelas….kalau YB (Yang Berhormat) di sini membangkitkan itu (tuduhan) itu di luar, saya akan ambil tindakan undang-undang.

“Kalau berani sebut di luar (Dewan Rakyat),” katanya merujuk kepada Ahli Parlimen Kota Melaka dari Pakatan Harapan (PH), Khoo Poay Tiong.

Presiden Bersatu itu bangun mencelah selepas kekecohan berlaku apabila Poay Tiong membuat dakwaan itu ketika perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya agak duduk bersabar mendengar tuduhan yang telah dibuat oleh Kota Melaka.”

“Saya sudah jelaskan, Yang di-Pertua pada hari saya berucap yang lepas. YB (Yang Berhormat) Jelutong (ketika itu) bangkit dan beberapa lagi YB Ipoh Timur, tak silap saya bangkit soal itu.

Beliau juga menyifatkan laporan media mengenai isu itu sebagai berita palsu.

“Tetapi kalau nak tanya saya, saya nak beritahu di sini dengan jelas bahawa (dakwaan) itu tidak benar, bahawa keputusan yang telah dibuat oleh pihak jawatankausa pemilihan untuk memilih penender sebagai tender terbuka, bukan syarikat milik anak menantu saya iaitu syarikat daripada Iris Corporation Berhad. – HARAKAHDAILY 28/2/23

- Advertisement -