Desakan: Kerajaan akan kembalikan pilihan raya PBT?

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan diminta menyatakan adakah kerajaan akan mengembalikan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti yang didesak oleh pihak-pihak tertentu.

- Advertisement -

Demikian soalan yang diajukan Datuk Seri Takiyuddin Hassan [PN-Kota Bharu] pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kerangka dasar luar Malaysia yang terkini mengambil kira perkembangan geopolitik semasa.  

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perbezaan di antara syarikat kredit komuniti dan Ah Long berlesen di mana syarikat kredit komuniti ini dikawal selia oleh Kementerian telah dianggap sebagai Ah Long berlesen yang mengenakan faedah yang tinggi sehingga 18% kepada peminjam wang segera.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pengangkutan menyatakan rancangan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di Pulau Langkawi khususnya perkhidmatan feri dan juga perkembangan terkini cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) secara terperinci.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan akan mengembalikan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti yang didesak oleh pihak-pihak tertentu.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan:-

 (a) kadar kes pembalakan haram di setiap negeri sejak tahun 2022; dan

 (b) sejauh mana keberkesanan penggunaan teknologi baharu seperti dron dapat mengurangkan aktiviti pembalakan haram.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan usaha Kementerian dalam mengurangkan kebergantungan arang batu sebagai sumber mineral kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah Kementerian menyediakan kuota industri yang mewajibkan pengambilan OKU sebagai pekerja.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pelancong yang datang ke negara kita setiap tahun yang didakwa tidak pulang ke negara asal dari tahun 2018 hingga 2022.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula struktur gaji serta kebajikan doktor dan petugas kesihatan sesuai dengan bebanan tugas yang dipikul mereka.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah tarikh bermulanya operasi Hospital Dungun yang baru dan mengapakah punca-punca ianya tidak dapat beroperasi sebagaimana masa yang ditetapkan.

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status projek tebatan banjir di Sungai Tok Rama dalam Parlimen Jerai.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan perkembangan terkini pembinaan Hospital Bachok dan jangkaan tarikh hospital tersebut siap sepenuhnya untuk keselesaan rakyat Bachok yang tergendala sejak 2020.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah langkah baharu untuk menurunkan peratusan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi memastikan pengguna dapat manfaat secara total tanpa sebarang kenaikan tarif yang membebankan pada masa akan datang.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan komitmen untuk memastikan keperkasaan akta bagi mengawal harga rumah dan harga tanah agar tekanan komitmen bulanan rakyat Malaysia dapat dikurangkan secara terus.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status projek tebatan banjir di daerah Temerloh melibatkan Kem Batu 3, bagi mengatasi kerugian besar, barang dan peralatan ketenteraan yang terpaksa dilupuskan selepas banjir.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah proaktif yang telah dilaksanakan susulan dakwaan ketirisan di bawah program PENJANA.

Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a)  statistik kematian dalam tahanan bagi tahun 2021 dan 2022; dan

(b) usaha Kerajaan untuk membendung insiden kematian dalam tahanan yang berlaku.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan Kementerian untuk mengatasi masalah Jeti Feri di Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang selalu mengalami air cetek yang menyebabkan ia memerlukan pengerukan dan kos yang besar.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  dan  Perubahan  Iklim menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula pelaksanaan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi Januari 2023 hingga 30 Jun 2023 terhadap pelanggan TNB bervoltan sederhana (MV) dan bervoltan tinggi (HV) di kalangan industri termasuk MNC memandangkan pelaksanaan ICPT ini memberikan implikasi negatif kerana ia akan menghakis daya saing negara dalam menarik pelaburan bagi industri pembuatan.

Dato’  Hajah  Siti  Zailah  binti  Mohd  Yusoff  [Rantau  Panjang] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  dan  Perubahan  Iklim menyatakan status perlaksanaan projek tebatan banjir di Rantau Panjang dan apakah perancangan Kementerian bagi mempercepat projek tersebut dapat disiapkan.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah rasional di sebalik usaha membawa masuk pakar HDB Singapura sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa semua kampung dan penempatan orang Melayu di Singapura dan Pulau Pinang telah lenyap dan dirobohkan atas nama pembangunan kondominium.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah diambil pihak Kementerian bagi mengurangkan karenah birokrasi di peringkat Kerajaan dalam aspek pelaksanaan pendidikan TVET serta apakah pelan tindakan Kementerian bagi merancakkan penglibatan dalam bidang TVET.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab-sebab kelewatan penyerahan semula senjata api anggota RELA. Hal ini telah menyebabkan warga Machang khususnya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit hasil pertanian terutamanya pada musim buah-buahan akibat haiwan perosak yang sukar dibasmi tanpa bantuan anggota RELA bersenjata. Saya memohon komitmen YB. Menteri untuk menyelesaikan isu ini dengan kadar segera. – HARAKAHDAILY 27/2/2023

- Advertisement -