Sime Darby Plantation dijangka boleh eksport produk sawit ke AS

Sime Darby Plantation melakukan pelbagai usaha membaiki keadaan kerja syarikat perladangan itu.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kastam Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa produk minyak sawit keluaran Sime Darby Plantation tidak lagi dihasilkan menggunakan buruh paksa, sekali gus memberi isyarat larangan import selama dua tahun ke atas syarikat perladangan negara akan ditarik balik tidak lama lagi.

- Advertisement -

Produk keluaran Sime Darby Plantation, iaitu syarikat minyak sawit terbesar di dunia dari segi keluasan tanah, disekat oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS daripada memasuki negara itu sejak Disember 2020 kerana disyaki menggunakan buruh paksa.

Berikutan itu, Sime Darby Plantation melantik perunding perdagangan etika untuk mengaudit kemudahan syarikat dan tahun lalu memperuntukkan kira-kira AS$20 juta untuk membayar pampasan kepada pekerja asing sedia ada dan bekas pekerja yang membayar yuran untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat itu.

Dalam notis yang diterbitkan untuk pemeriksaan awam di laman sesawang Pendaftar Persekutuan AS semalam, CBP berkata ia kini “menentukan bahawa produk itu tidak lagi dilombong, dihasilkan atau dikilang sepenuhnya atau sebahagiannya dengan penggunaan banduan atau buruh paksa oleh Sime Darby Plantation”.

CBP tidak menyatakan bukti yang diterima atau sama ada larangan import firma itu telah ditarik balik. Agensi itu tidak menjawab permintaan untuk komen.

Sime Darby pula menyatakan mengetahui notis itu.

“Kami optimis bahawa langkah besar yang kami lakukan untuk memperkukuh kualiti hidup tenaga kerja kami tidak lama lagi akan diiktiraf oleh CBP dan kami akan dibenarkan untuk menyambung semula eksport ke Amerika Syarikat,” kata seorang jurucakap dalam e-mel kepada Reuters .

Sime Darby Plantation adalah antara lapan syarikat Malaysia yang diharamkan oleh AS sejak empat tahun lalu kerana dakwaan menggunakan buruh paksa.

Malaysia pada tahun lalu, mengumumkan rancangan kerajaan untuk menghapuskan beberapa keadaan yang menyelubungi pekerja asing seperti ikatan hutang, asrama yang tidak bersih untuk pekerja dan kerja lebih masa yang berlebihan menjelang 2030. – REUTERS

- Advertisement -