
Kapten pasukan Argentina, Lionel Messi mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain untuk kekal bersama kelab itu, sekurang-kurangnya hingga musim 2023-24.
Akhbar harian Perancis, Le Parisien, melaporkankan bahawa penyerang berusia 35 tahun itu, pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’Or, membantu Argentina menjulang Piala Dunia dengan menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir, Ahad lalu.
“Pada awal bulan ini, ketika Piala Dunia berlangsung, persetujuan telah dicapai untuk Messi kekal sekurang-kurangnya satu musim lagi,” kata akhbar itu.
PSG pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.
Presiden Paris St Germain, Nasser Al-Khelaifi, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa Messi gembira dengan juara Ligue 1 itu, sambil menambah bahawa perbincangan mengenai lanjutan kontrak akan diadakan selepas Piala Dunia.
Messi yang menjaringkan 12 gol dan 14 bantuan untuk PSG dalam semua kejohanan musim ini, berpindah ke ibu kota Perancis dari Barcelona pada 2021 dengan kontrak dua tahun. – REUTERS











