Piala Dunia Qatar: Messi bantu Argentina layak ke suku akhir

Gaya pemain Argentina menyambut kemaraan ke suku akhir Piala Dunia
- Advertisement -

Lionel Messi menjaringkan gol pada penampilan ke-1,000 kerjayanya dalam kemenangan 2-1 Argentina ke atas Australia untuk mengatasi rekod lagenda bola sepak negaranya, Diego Maradona.

- Advertisement -

Kemenangan itu juga memastikan Argentina bertemu Belanda dalam saingan yang dijangka sengit di peringkat suku akhir Piala Dunia.

Memburu Piala Dunia pertama dalam percubaan kelimanya, Messi memukau dengan melencong bola rendah melepasi penjaga gol Mat Ryan pada minit ke-35 yang membuatkan ribuan penyokong Argentina seperti berada dalam khayalan di Stadium Ahmad Bin Ali.

Julian Alvarez menyumbat gol kedua Argentina dari jarak dekat pada minit ke-57 selepas berjaya merampas bola di kaki Ryan.

Lionel Messi menghuru-harakan pertahanan Australia

Australia yang berjaya mara ke peringkat 16 terakhir dan berada 35 anak tangga di belakang pemenang dua kali Piala Dunia, bertahan penuh gagah dengan peranan Harry Souttar yang menonjol.

Wakil Asia itu juga mencemaskan Argentina apabila rembatan Craig Goodwin terkena Enzo Fernandez untuk gol sendiri pada minit ke-77. Namun kedudukan 2-1 terus kekal hingga permainan tamat.

Gol Messi yang berusia 35 tahun adalah yang ketiga dalam Piala Dunia Qatar dan kesembilan di Piala Dunia, lebih satu mengatasi Maradona. – REUTERS

- Advertisement -