Tengkujuh: Kedah kenal pasti kem perkhemahan berisiko

Firdaus Ahmad
- Advertisement -

LANGKAWI: Kerajaan Kedah menasihatkan orang ramai mengubah destinasi percutian ke lokasi yang lebih selamat dan kurang berisiko untuk mengelak kejadian yang tidak diingini di musim tengkujuh sekarang.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Firdaus Ahmad berkata, bahagian pelancongan negeri mengenal pasti jumlah kem perkhemahan serta kawasan percutian berisiko di Kedah untuk ditutup sepanjang musim tengkujuh sekarang.

“Hal ini akan dicadangkan pada mesyuarat Exco Rabu ini untuk mendapatkan keputusan. Sebarang keputusan terkini akan dimaklumkan melalui selepas mesyuarat Exco nanti,” katanya pada kenyataan, di sini hari ini.

Oleh itu beliau mencadangkan ibu bapa membawa keluarga bercuti atau beriadah ke taman-taman tema yang lebih selamat tanpa terdedah risiko banjir. – HARAKAHDAILY 18/12/2022

- Advertisement -