Fakta Piala Dunia 2022: Perancis lawan Maghribi

- Advertisement -

Bila: Rabu, 14 Disember, 10 malam waktu tempatan (1900 GMT/1400ET)

- Advertisement -

Di mana: Stadium Al Bayt, Al Khor

Kapasiti: 68,895

Kemungkinan (selepas 90 minit)

Perancis menang: 1/2

Maghribi menang: 6/1

Seri: 29/10

Statistik utama:

Kylian Mbappe menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan, mengatasi jumlah golnya dalam penampilannya ketika Piala Dunia 2018, ketika Perancis memenangi Piala Dunia. Pada usia 23 tahun, Mbappe menjaringkan sembilan gol Piala Dunia dalam 12 penampilan.

Maghribi adalah negara Arab dan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia. Jurulatih Walid Regragui menjadi Pengurus Arab pertama yang mengetuai pasukan ke pusingan kalah mati.

Perancis adalah juara bertahan pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia sejak Brazil pada 1998. Mereka akan berusaha menjadi finalis berturut-turut pertama sejak Brazil pada 2002. Itali (1934 dan 1938) dan Brazil (1958 dan 1962) ) adalah satu-satunya negara yang memenangi dua Piala Dunia berturut-turut.

Gawang Maghribi masih belum ditembusi hasil jaringan pemain lawan dalam Piala Dunia. Satu-satunya gol yang bolos dalam empat perlawanan adalah ketika kemenangan 2-1 ke atas Kanada. Pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri.

Rekod pertemuan lalu:

Perancis dan Maghribi bertemu lima kali dalam perlawanan rasmi antarabangsa. Pertama pada tahun 1988 dengan Perancis menang 2-1. Perancis tidak pernah kalah dalam perlawanan rasmi menentang Maghribi. Pertembungan terbaharu ialah seri 2-2 di Paris pada 2007. – REUTERS

- Advertisement -