Hujan lebat tidak halang ribuan ikuti pengumuman calon PN

Sebahagian hadirin pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PERIKATAN NASIONAL Negeri Kelantan, malam ini. (Foto: RIZAL TAHIR)
- Advertisement -

KOTA BHARU: Biarpun hujan agak lebat sejak petang lagi tidak menghalang ribuan rakyat Kelantan memenuhi Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV bagi mengikuti Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PERIKATAN NASIONAL Negeri Kelantan.

- Advertisement -

Sebahagian mereka merupakan anak-anak anak muda tidak menghiraukan hujan dan berlindung di bawah khemah bagi mengikuti majlis tersebut.

Setiausaha Perhubungan PN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata, berdasarkan perkembangan yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan PN dapat menguasai 14 kawasan parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini.

“Kita tonjolkan calon calon yang berwibawa untuk menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dengan penuh integriti,” katanya pada program tersebut.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Bersatu Kelantan Dato’ Kamaruddin Mohd Noor dan wakil Gerakan.

Mohd Amar pula berkata, Umno dahulu hebat pada zaman lampau, namun sekarang tidak lagi kerana tiada lagi kekuatan seperti sebelum ini.

“Jadi kita pelik lagi untuk berhadapan dengan Umno sekarang ditambah pula dengan rakan rakan dalam PN sekarang. Kita kena tunjuk kekuatan dan kehebatan yang pada kita,” ujarnya.

Menurutnya juga dengan perkembangan sekarang tidak dapat dinafikan peluang PN untuk sekali lagi mentadbir Putrajaya selepas PRU15 pada 19 November ini. – HARAKAHDAILY 2/11/2022

- Advertisement -