PAS tidak bermusuh parti pertahan Penyatuan Ummah

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF
KOTA BHARU:
Lebih daripada 10 penyandang daripada 18 kerusi parlimen yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terus mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15, 19 November ini.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penyandang tersebut termasuk Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan terus mempertahankan parlimen Marang.

Bagaimana beliau enggan mendedahkan secara terperinci nama penyandang tersebut, sebaliknya hanya menyebut secara umum.

“Buat masa ini PAS mempunyai 18 penyandang kerusi parlimen, manakala pada PRU15 lebih daripada 10 penyandang akan terus kekal bertanding pada PRU-15 ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi majlis ramah mesra bersama kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), di sini, hari ini.

Mengulas perkembangan sama beliau berkata, PAS masih mengekalkan amalan demokrasi dan tidak bermusuh dengan mana-mana parti selagi mana ia selari dengan konsep Penyatuan Ummah.

“PAS masih kekal dan ini adalah amalan demokrasi, dan sekiranya setengah kawasan dimenangi Barisan Nasional (BN) kita kekalkan konsep Penyatuan Ummah, kita tidak bermusuh,” katanya.

Takiyuddin juga berkata beliau optimis lebih 40 kerusi parlimen dijangka dimenangi PERIKATAN NASIONAL dalam PRU15, di mana 14 daripadanya disumbang Kelantan berdasar rekod pencapaian sehingga sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/10/2022

- Advertisement -