Pemimpin DAP juga terpalit dakwaan kes rasuah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya menghala tuduhan pemimpin Umno sahaja yang terbabit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

- Advertisement -

Sedangkan ada pemimpin utama mereka terbabit dengan kes mahkamah berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Misi Kembara Dakwah (MKD) Mohd Khalid Mat Zari berkata, pemimpin PH tidak bioleh menghala serangan mereka kepada Umno dan BN sahaja berkaitan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, sedangkan ada pemimpin PH diheret ke mahkamah berkaitan tuduhan rasuah ketika menjadi ketua kerajaan negeri.

“Kita masih ingat lagi ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, pemimpin PH menghentam Umno dan BN habis-habisan dengan dakwaan terbabit rasuah.

“Akhirnya tumbanglah kerajaan BN selepas mentadbir negara lebih 60 tahun. PH menjadikan senjata rasuah dan penyelewengan menyerang Umno dan BN,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau ada pemimpin PH sendiri diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Mohd Khalid berkata, pemimpin PH tidak boleh lagi menggunakan peluru rasuah dan seleweng kuasa kepada pihak lain, memandangkan pemimpin mereka juga berdepan isu serupa.

“PH sebelum ini diakui hebat menggunaan senjata dan modal rasuah dan salah guna kuasa bagi menyerang musuh mereka.

“Namun malangnya kehebatan PH seakan bayangan palsu yang hanya memukau telinga pengundi sebelum ini. Namun hakikat mereka terpalit sama.

“Maknanya pemimpin PH dan Umno dua kali lima terjebak dengan rasuah ketika memiliki kuasa,” katanya.

Sedangkan kata beliau pemimpin PAS bebas isu tersebut biarpun mentadbir Kelantan 32 tahun sejak Oktober 1990. – HARAKAHDAILY 19/10/2022

- Advertisement -